My Add

Thursday 8 March 2012

Pentas akhir saksi lapan peserta berentap

PEMIDATO peringkat akhir ( dari kiri) Fathiah Ibrahim (Malaysia), Dayangku Mumtazah Pengiran Md. Jaafar (Brunei), Wahyudi (Indonesia), Elena Vorobyeva (Latvia), Yota Tamura (Jepun), Polina Matveycheva (Rusia), Sebghatullah Qazizada (Afghanistan) dan Marina Makarova (Moldova) bergambar kenangan di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA, RABU, 07 Mac, 2012: Peserta Malaysia, Brunei dan Indonesia akan berentap di pentas akhir Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2012 bagi kategori Nusantara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) esok.

Turut mengiringi kejayaan mereka adalah lima peserta kategori Antarabangsa dari Rusia, Moldova, Afghanistan, Jepun dan Latvia.
Peserta dari Malaysia, Fathiah Ibrahim 

Keputusan lapan tempat ke peringkat akhir itu diumumkan oleh Penyelaras Teknikal dan Penghakiman PABM, Mazlena Mohd. Hussain.

Sementara itu peserta negara, Fathiah Ibrahim yang berjaya ke peringkat akhir esok akan cuba sebaik mungkin untuk mempertahankan kejuaraan Malaysia bagi kategori nusantara.

Pelajar berusia 23 tahun dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, tugas mempertahankan kejuaraan bukanlah mudah tetapi dia akan berusaha memberikan yang terbaik.

"Saingan peserta peringkat nusantara yang layak agak sengit, terutamanya dari peserta Brunei yang mempunyai susunan bahasa dan gaya begitu baik," kata pelajar Ijazah Pembangunan Sumber Manusia itu ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment