My Add

Tuesday 6 March 2012

Penubuhan Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat sia-sia

Oleh SOFIAN BAHAROM

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 Mac, 2012: Penubuhan Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat untuk menyelesaikan kemelut pentadbiran di Kedah disifatkan sebagai sia-sia kerana ia tidak mampu `menyelamatkan’ negeri itu daripada terus mundur.

Sebaliknya Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menganggap penubuhan jawatankuasa itu hanya sekadar modal politik Pas memandangkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin dirasai.

"Jawatankuasa tersebut tidak akan memberi manfaat langsung kepada rakyat Kedah.

"Ia tetap sama dengan pendekatan Pas sebelum ini yang mana selama empat tahun mentadbir Kedah, parti itu gagal membangunkan negeri itu seperti mana yang dilakukan oleh Barisan Nasional sebelum ini," katanya selepas majlis pelancaran penjenamaan baru Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (Wawasanita) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment