My Add

Wednesday 21 March 2012

Pilih kerajaan prestasi cemerlang

Oleh OPAT RATTANACHOT 

SUNGAI PETANI, SELASA, 20 Mac, 2012: Rakyat di negeri ini diingatkan supaya memilih kerajaan yang mempunyai rekod prestasi cemerlang dan bukannya 'kerajaan janji kosong' kerana ia boleh memberi kesan kepada generasi masa hadapan.

Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, rakyat perlu membuat pilihan bijak dan bukannya memilih calon daripada parti yang 'tunggang-langgang'.

"Sudah terbukti Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod prestasi cemerlang terutama dalam membela nasib rakyat dan membawa kemajuan serta pembangunan pesat kepada negara.

"Justeru, rakyat harus kembali memberikan mandat kepada kerajaan BN dalam menerajui, memimpin dan mengekalkan keamanan rakyat negeri Kedah serta negara. Pilihlah kerajaan yang berkemampuan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment