My Add

Saturday 24 March 2012

Pimpinan pusat tentukan jumlah kerusi PRU

PENDANG, SABTU, 24 Mac, 2012: Pergerakan Puteri UMNO menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan jumlah kerusi yang akan ditandingi wakil pergerakan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, bukan hak beliau dan pergerakan itu untuk menentukan jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh Puteri UMNO pada pilihan raya umum nanti.

"Semuanya terserah kepada kebijaksanaan pimpinan pusat. Saya percaya pucuk pimpinan melihat perkara ini lebih-lebih lagi usaha-usaha menjurus kepada keupayaan 30 peratus wanita (untuk memegang jawatan tinggi).

"Kita tak minta. Biarkan Presiden parti buat keputusan. Sekiranya pucuk pimpinan rasa ada pemimpin Puteri yg boleh diketengahkan sebagai tambahan kepada kerusi sedia ada, kita ucapkan Alhamdulillah. Ia satu pengiktirafan cukup bermakna kepada kita," katanya.

Rosnah berkata, bagi menghadapi PRU13, pergerakan itu diberikan tugas teras untuk mengendalikan teknologi maklumat termasuk media alternatif. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment