My Add

Tuesday 13 March 2012

PRASARANA mula kerja projek sambungan landasan LRT Ampang

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Mac, 2012: Syarikat Prasarana Negara Bhd (PRASARANA) memulakan projek sambungan landasan LRT (LEP), dengan memasang galang kotak segmen (SBG) untuk Ampang Line, hujung minggu lalu. 

"Kami berjaya memasang 12 SBG yang pertama untuk sambungan landasan Ampang Line dan baki 6088 SBG akan dipasang dalam masa dua tahun akan datang, " kata Ketua Seksyen Kemudahan Ampang Line Prasarana di bawah LEP, Ahmad Kamal Md Yatim dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Kamal berkata, apabila bermulanya rangkaian yang disambung itu, LRT berkenaan dijangka memberi perkhidmatan jutaan penumpang setiap hari.

LEP yang disenaraikan sebagai satu daripada inisiatif utama di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) adalah usaha utama kerajaan untuk mengubah perkhidmatan pengangkutan awam negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment