My Add

Thursday 15 March 2012

Rampas tanah YBK tindakan zalim, angkuh

SHAH ALAM, RABU, 14 Mac, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor disifat sebagai angkuh dan zalim apabila bertindak merampas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hanya kerana yayasan itu tidak mahu dijadikan alat politik.

Pengerusi Majlis Pertubuhan Sukarela Selangor (MGPSS), Datuk Mat Yasir Ikhsan berkata, YBK adalah sebuah pertubuhan kebajikan yang ditubuhkan untuk membantu mewujudkan peluang pendidikan kepada anak-anak miskin yang sepatutnya dibantu, bukannya dizalimi sedemikian rupa.

"Apa yang dilakukan oleh YBK sejak awal penubuhannya pada 1990 berjaya membantu pendidikan anak-anak daripada golongan miskin di negeri ini.

"Kita kesal tindakan kerajaan negeri yang zalim, menganiaya bukan hanya kepada YBK malah, menafikan hak anak-anak orang miskin dan tidak berkemampuan untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya, " katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment