My Add

Monday 5 March 2012

Rasa bimbang dorong Pas berbohong

PONTIAN, AHAD, 04 Mac, 2012: Kebimbangan Pas terhadap siri ceramah bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang banyak mendedahkan kepincangan parti itu menyebabkan pemimpinnya tergamak melakukan pembohongan bagi menutup kelemahan tersebut.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Pas kini menyedari pemecatan Hasan telah memberikan kesan apabila ceramah yang dilakukan pemimpin itu terus mendapat sambutan orang ramai.

"Sekiranya siri ceramah yang dilakukan Hasan tidak berkesan, tentunya Pas tidak mengambil tindakan menyerang beliau yang kononnya menerima dana RM30 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan.

"Tuduhan itu cukup berat dan tidak masuk akal untuk diterima, namun Pas melihatnya sebagai satu cara bagi melemahkan siri ceramah yang sedang dilakukan Hasan ketika ini," katanya ketika diminta mengulas dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar kononnya kementerian itu menyalurkan dana RM30 juta bagi membiayai program kendalian Hasan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment