My Add

Monday 5 March 2012

Tindakan Pas minta 10% BR1M memalukan

KUALA LUMPUR, AHAD,  04 Mac, 2012: Tindakan Pas yang didakwa meminta ahlinya menyerahkan 10 peratus daripada wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima disifatkan sebagai perbuatan memalukan sekali gus membuktikan prinsip parti itu yang didakwa memperjuangkan kebajikan rakyat hanya sandiwara.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Pas yang sebelum ini lantang mendakwa parti itu memperjuangkan kebajikan rakyat sepatutnya lebih memainkan peranan membela nasib ahlinya yang dibelenggu masalah kemiskinan.

Sebaliknya, menurutnya, parti itu pula mengambil kesempatan terhadap ahlinya yang menerima bantuan BR1M semata-mata mahu mencapai kepentingan politik biarpun terpaksa menidakkan hak rakyat.

"Kerajaan sediakan bantuan BR1M semata-mata mahu mengurangkan kos hidup rakyat yang miskin kerana mahu golongan ini mencapai status kehidupan yang lebih baik, bukan ambil kesempatan terhadap mereka, " katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment