My Add

Tuesday 13 March 2012

RM1.92 bilion diagih kepada 3.8 juta rakyat melalui BR1M:

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Mac, 2012: Sebanyak RM1.92 bilion diagihkan kepada 3.8 juta isi rumah di seluruh negara melalui program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga 1 Mac lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata Selangor adalah negeri penerima bantuan tertinggi iaitu hampir 13 peratus daripada keseluruhan wang yang diagihkan, manakala Kelantan pula mencatatkan peratusan isi rumah tertinggi yang menerima bantuan iaitu hampir 84 peratus.

"Sehingga 1 Mac, pendaftaran yang diterima adalah sebanyak 4.78 juta. Permohonan yang berjaya adalah 3.74 juta atau hampir 80 peratus, manakala permohonan yang tidak berjaya adalah sebanyak 972,000 atau hampir 20 peratus daripada jumlah keseluruhan permohonan.

"Daripada 200,000 rayuan yang diterima, hampir 92 peratus diluluskan setelah mereka mengemukakan permohonan yang lengkap," katanya menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang bertanya mengenai perkembangan pelaksanaan program BR1M.

Menerusi BR1M, setiap isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan diberi bantuan "one-off" sebanyak RM500. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment