My Add

Wednesday 21 March 2012

Siasatan PAC terhadap NFCorp tertumpu pada pinjaman

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Mac, 2012: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan meneruskan pendengaran siasatan berhubung National Feedlot Corporation (NFCorp) dengan hanya menyentuh perkara berkaitan dengan pinjaman kepada syarikat itu. 

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata perkara yang berkaitan dengan pendakwaan di mahkamah tidak akan disentuh.

"Kita siasat mengenai pinjaman saja...sebab kita bercakap pasal dana kerajaan (umpamanya) bagaimana ianya diberi dan kerana wang itu diluluskan oleh Parlimen. Maka PAC bertanggungjawab melihat di mana berlakunya kesilapan," katanya kepada pemberita di Parlimen bagi menjelaskan status siasatan jawatankuasa itu terhadap NFCorp apabila pihak pengurusan syarikat itu mengambil pendirian untuk tidak memberi keterangan dengan alasan kes itu sudah dibawa ke mahkamah.

Azmi berkata bahawa dalam menjalankan siasatannya, PAC mengambil kira pandangan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia agar isu berkaitan kes mahkamah tidak disentuh. 

Pada 12 Mac lalu, Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta serta dua lagi pertuduhan menyalahi Akta Syarikat. 

Azmi berkata PAC akan meneliti dokumen yang akan diterima daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum memanggil pihak-pihak yang terlibat untuk sesi pendengaran siasatan seterusnya. 

Isu NFC mendapat perhatian setelah Laporan Ketua Audit Negara pada Oktober lepas menyatakan projek itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya. 
Terdapat dakwaan berlaku penyalahgunaan pinjaman RM250 juta yang disalurkan untuk projek itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment