My Add

Saturday 3 March 2012

Surau At-Taqwa dinaik taraf

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunaikan solat Jumaat di Surau At-Taqwa sempena program turun padang bertemu rakyat di Taman Setapak, Kuala Lumpur semalam. – UTUSAN/Mohd Naim Aziz

JUALA LUMPUR, JUMAAT, 92 Mac, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluluskan peruntukan RM4.5 juta untuk pembesaran serta penambahbaikan Surau At-Taqwa di Taman Setapak di ibu kota, melambangkan Islam sentiasa dimartabatkan di negara ini tanpa mengetepikan hak agama lain.

Dalam lawatan ke surau berkenaan, Muhyiddin turut mengerjakan solat Jumaat dan menghadiri jamuan makan tengah hari bersama rakyat setempat.

Menurut Pengerusi Surau At-Taqwa, Datuk Mohd. Soffian Abdul Rahim, peruntukan itu akan digunakan untuk mengubahnya menjadi surau dua tingkat dan seterusnya meminta kelulusan agar ia dinaik taraf menjadi masjid. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment