My Add

Saturday 3 March 2012

Keluarga arwah Nurin Jazlin dapat ahli baru

NORAZIAN Bistaman mendukong Jazley Nazril menatap gambar Nurin Jazlin bersama dua lagi anaknya di PPR Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Mac, 2012: Kisah duka keluarga Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin masih belum hilang walaupun hampir lima tahun kanak-kanak malang itu dibunuh secara kejam oleh manusia yang tidak berhati perut.

Apatah lagi apabila teringatkan si pembunuh meletakkan mayat Nurin Jazlin di kawasan awam ketika satu negara mencari mangsa, seolah-olah mencabar polis agar menangkapnya. Namun hingga kini, polis gagal menjejaki pembunuh itu.

Bagaimanapun, ibu bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil, 38, dan isterinya Norazian Bistaman, 40, terus tabah menerima hakikat ketiadaan anak kedua mereka yang lebih mesra dengan panggilan Kak Ngah itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment