My Add

Monday 19 March 2012

Terowong SMART ditutup pada 21 dan 22 Mac ini

KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 Mac, 2012: Laluan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) akan ditutup kepada semua lalu lintas mulai jam 11 malam Rabu hingga jam 6 pagi Khamis.

Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini berkata, penutupan itu adalah bagi kerja penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya itu.

Pengguna boleh menghubungi SMART Helpline di talian 1-300-88-7188 untuk mendapatkan maklumat lanjut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment