My Add

Thursday 15 March 2012

TP1M diperluas ke seluruh negara April depan

KUALA LUMPUR, RABU, 14 Mac, 2012: Tabung Penyenggaraan 1Malaysia (TP1M) bakal diperluaskan ke seluruh negara pada April ini selepas cadangan mengenainya dibentangkan ke mesyuarat Kabinet selewat-lewatnya hujung minggu ini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, sejak TP1M diperkenalkan bermula Januari 2010, banyak manfaat diperoleh penghuni terutama di sembilan kawasan perumahan kos rendah swasta dan kos sederhana rendah swasta di ibu kota.

Menurutnya, selain mengecat bangunan, kerja-kerja penyenggaraan di bawah TP1M termasuklah membaik pulih sistem paip air dan membaiki bumbung.

"Selain menjadikan suasana lebih ceria, ia turut memberi kehidupan yang lebih baik kepada penghuni.

"Ini sekali gus menarik minat negeri lain seperti Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka yang mempunyai perumahan bertingkat melaksanakan program sama di negeri masing-masing," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment