My Add

Thursday 8 March 2012

Zahid minta lebih ramai anggota tentera carum dalam LTAT

KUANTAN, KHAMIS, 08 Mac, 2012: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta supaya lebih ramai anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencarum dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi masa depan mereka dan keluarga.

Katanya, langkah itu perlu diambil selaras dengan pencapaian LTAT pada tahun lepas yang berjaya memenuhi tanggungjawab mengurus wang caruman anggota ATM dengan cekap dan berkesan serta melaksanakan tanggungjawab sosialnya yang menyumbang kepada peningkatan taraf hidup warga tentera.

Beliau baru-baru ini mengumumkan LTAT membayar 15 peratus dividen dan bonus bagi tahun kewangan 2011 kepada pencarumnya, berbanding 14 peratus pada tahun sebelumnya di mana pembayaran bagi dividen dan bonus itu berjumlah RM680.4 juta, yang naik sebanyak 10.4 peratus berbanding RM616.3 juta pada tahun lepas. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment