My Add

Thursday 21 June 2012

18 penunggang, pembonceng motosikal maut setiap hari

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Statistik polis mendapati secara purata 18 kematian dicatat setiap hari melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Ketua Trafik Bukit Aman SAC Datuk Abdul Aziz Yusof berkata kumpulan itu menjadi penyumbang utama kematian dalam kes kemalangan maut sepanjang tahun lepas dengan 4,169 kematian daripada 129,017 kemalangan yang direkodkan.

"Daripada jumlah keseluruhan kematian 6,877 pada 2011, 60 peratus daripadanya melibatkan kes motosikal dan ia dilihat meningkat.

"Sehingga Mei tahun ini saja, 1,650 kematian sudah direkodkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen keselamatan jalan raya anjuran sebuah syarikat di sini hari ini.

Beliau berkata antara punca utama kemalangan melibatkan kumpulan itu ialah penunggang motosikal sering ingkar peraturan jalan raya termasuk melanggar lampu isyarat merah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment