My Add

Thursday 14 June 2012

Aung Suu Kyi tiba di Geneva mulakan siri lawatan ke Eropah

GENEVA, KHAMIS, 14 Jun, 2012: Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi tiba di Switzerland pagi tadi dalam siri lawatan pertamanya ke Eropah dan bakal menerima Anugerah Nobel Keamanan yang dimenanginya dua dekad lalu. 

Sebaik tiba di Geneva, Suu Kyi `tersenyum dan dalam keadaan baik', kata jurucakap lapangan terbang.

Geneva adalah lokasi pertama beliau sepanjang lawatan lebih dua minggu dan akan diikuti Perancis, Ireland dan Norway, di mana Suu Kyi akan berucap berkaitan Anugerah Nobel berkenaan. - AFP

No comments:

Post a Comment