My Add

Sunday 24 June 2012

Badang' Sarawak meninggal

KUCHING, sabtu, 23 Jun, 2012: Jaguh bina badan Sarawak yang juga pemilik Satok Gym & Fitness, Suhardi Mukmin, 71, meninggal dunia kira-kira pukul 7 malam tadi di Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat penyakit kanser prostat sejak setahun lalu.

Suhardi yang lebih dikenali sebagai Wak dalam kalangan peminat sukan bina badan negeri ini meninggalkan seorang balu, Hasiah Bakar, 73, empat orang anak, 17 cucu dan tujuh cicit.

Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Samariang di sini.

Beliau pernah menyertai dan memenangi pertandingan Mr. Malaysia pada 1983 hingga 1985 dan bertanding buat kali terakhir pada 2005 dengan pencapaian tempat kedua kategori Veteran, Mr. Kuching sewaktu berusia 64 tahun.

Sebelum ini, Suhardi pernah menyatakan hasrat untuk menyertai pertandingan bina badan Mr. Kuching pada tahun depan bagi membuktikan kepada generasi muda bahawa usia bukanlah penghalang untuk bergiat aktif dalam sukan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment