My Add

Thursday 14 June 2012

Bangunkan teknologi kesan lokasi penggodam

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 14 Jun, 2012: Pihak berkuasa diminta mengkaji penggunaan teknologi yang berupaya mengesan lokasi sebenar individu yang menggodam laman web dan laman sosial.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Lee Vui Keong berkata, teknologi berkenaan boleh membantu mana-mana individu yang dituduh melakukan kesalahan di bawah Akta Keterangan (Pindaan) 2012 membuktikan dirinya tidak bersalah.

``Kepakaran syarikat teknologi maklumat boleh digunakan bagi membangunkan sistem yang mampu mengesan lokasi penggodam," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran dan Forum Teknologi Guaman 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment