My Add

Tuesday 26 June 2012

Ekonomi negara dijangka kekal cergas

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Jun, 2012: Ekonomi Malaysia dijangka kekal cergas pada separuh kedua tahun ini, didorong oleh permintaan domestik yang kukuh, kata Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, Dr. Abdul Rahman Hasan.

Beliau berkata, projek-projek Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dijangka terus manjadi pemacu utama yang menggerakkan ekonomi domestik seperti yang dicapai pada suku pertama tahun ini.

"Pada suku pertama, keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang pada kadar 4.7 peratus kepada RM245 bilion berbanding suku yang sama tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas melancarkan seminar Kepentingan Pertubuhan Perniagaan Memberi Respon Kepada Penyiasatan Ekonomi di sini hari ini.

Katanya, sektor perkhidmatan dijangka kekal sebagai penyumbang terbesar kepada KDNK negara diikuti oleh sektor pembuatan.

Pada suku pertama tahun ini, sektor perkhidmatan menyumbang 54.2 peratus kepada KDNK manakala sektor perkhidmatan menyumbang kira-kira dua puluh peratus, katanya.

Tahun lepas, KDNK negara berkembang 5.1 peratus kepada RM881 billion dengan sektor perkhidmatan, pembuatan, perlombongan dan pengkuarian dan pembinaan sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi negara.

Dianjurkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan, seminar Kepentingan Pertubuhan Perniagaan Memberi Respon Kepada Penyiasatan Ekonomi itu bertujuan meningkatkan kefahaman di kalangan pertubuhan perniagaan akan kepentingan memberi respon bagi menghasilkan data yang boleh dipercayai dan tepat untuk pembangunan ekonomi negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment