My Add

Wednesday 6 June 2012

Hujan batu 'sambut' konvoi

TBLISI, Georgia, SELASA, 05 Jun, 2012: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Namun bagi konvoi DRB-Hicom Kembara Bumi Suci 2012 (KBS2) pepatah Melayu itu ternyata berlaku apabila mereka 'disambut' dengan hujan batu ketika tiba di Georgia, negara ketujuh dalam ekspedisi kali ini.

Ini merupakan pengalaman pertama semua peserta menyaksikan sendiri hujan batu yang merupakan fenomena jarang sekali berlaku di Malaysia.

Ketua Ekspedisi KBS2, Azman Baharuddin berkata, Tblisi terletak kira-kira 275 kilometer (km) dari sempadan Azerbaijan dan Georgia.

Menurutnya, kesemua anggota konvoi berada dalam keadaan baik selepas mengharungi perjalanan selama 43 hari.

"Hujan batu itu berlaku selama 20 minit, kami menyaksikannya dengan penuh takjub," katanya menerusi e-mel kepada Utusan Malaysia di sini hari ini....

No comments:

Post a Comment