My Add

Tuesday 5 June 2012

Jakim anjur pelbagai program dekati golongan LGBT

JOHOR BAHARU, SELASA, 05 Jun, 2012: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan umat Islam di negara ini dan telah mengatur pelbagai program untuk mendekati golongan itu.

Timbalan Ketua Pengarah Jakim (Dasar), Mohamad Nordin Ibrahim berkata, isu LGBT merupakan masalah universal yang bukan sahaja melibatkan umat Islam malah penganut agama lain dan memerlukan perhatian daripada pelbagai pihak.

"Bagi Jakim sendiri, kita telah memulakan usaha untuk mendekati mereka terutama golongan transgender.

"Tahun lepas kita berjaya mengadakan enam program mukhayyam (perkhemahan) bersama mak nyah yang menampakkan perkembangan positif sehingga ada kalangan mereka kini mulai mendekati agama termasuk menunaikan umrah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri perasmian persidangan Pegawai Tadbir Agama Daerah (PTAD) peringkat kebangsaan yang diadakan sempena majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-55 di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment