My Add

Thursday 21 June 2012

Jumlah pelajar kita mohon masuk Cambridge meningkat

NEW DELHI, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Jumlah pelajar Malaysia yang memohon menerusi sekolah untuk mendapat kelayakan Cambridge dilaporkan meningkat sejak beberapa tahun lalu.

Terdapat lebih 54,000 permohonan untuk menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) dan Cambridge International A Level meningkat sebanyak 10 peratus sejak tahun lalu.

Mata pelajaran Cambridge IGCSE yang paling popular di kalangan pelajar Malaysia ialah Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sementara bagi peperiksaan Cambridge International A Level, subjek yang paling popular ialah Matematik, Pengajian Perniagaan dan Ekonomi.

"Program dan kelayakan kami memiliki reputasi dalam menyediakan pelajar Malaysia dan pelajar di seluruh dunia persediaan cemerlang bagi memasuki universiti, pekerjaan dan kehidupan," kata Pengarah Peperiksaan Antarabangsa Univeristi Cambridge bagi Asia Pasifik, Ben Schmidt dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, universiti itu menyokong sekolah untuk membangun pelajar yang beryakinan, bertanggungjawab, reflektif, inovatif dan mempunyai haluan sendiri. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment