My Add

Saturday 23 June 2012

Kualiti udara semakin baik di seluruh negara: JAS

KUALA LUMPUR, SABTU, 23 Jun, 2012: Status kualiti udara di seluruh negara bertambah baik dengan hanya satu kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS), hanya stesen Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, Sarawak, merekodkan kualiti udara tidak sihat iaitu 122 pada 11 pagi tadi dalam tempoh 24 jam lalu.

Kemerosotan kualiti udara di kawasan Miri disebabkan kebakaran tanah gambut seluas 10 hektar di Permai Jaya berdekatan ILP Kuala Baram, Miri.

Selain itu, status kualiti udara di Semenanjung menunjukkan penurunan bacaan IPU tetapi cuaca panas dan kering sepanjang Jun selain peningkatan titik panas mungkin mengakibatkan ketidakstabilan kualiti udara.

Kenyataan JAS juga menyatakan 11 kawasan berada pada tahap baik dan 40 kawasan pada tahap sederhana bagi tempoh sama. 

JAS turut menggerakkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka dan mempertingkat program pencegahan kebakaran tanah gambut bagi mengawal punca yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara di seluruh negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment