My Add

Sunday 17 June 2012

Malaysia wajar ketuai OIC selesai isu Masjid al-Aqsa

KUALA LUMPUR, SABTU, 16 Jun, 2012: Malaysia mempunyai keupayaan tertentu untuk mengetuai 57 buah negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi mendesak komuniti dunia dan Israel menghentikan kerja penggalian tanah di bawah tapak Masjid al-Aqsa di Palestin ketika ini.

Imam Masjid al-Aqsa, Syeikh Akrima S.A Sabri berkata, keupayaan itu berdasarkan tindakan Malaysia yang sentiasa terkehadapan dalam isu-isu membabitkan Palestin dan kesucian masjid ketiga terpenting dalam Islam tersebut.

Usaha dan sokongan Malaysia tersebut, katanya, memberikan semangat kepada rakyat Palestin untuk terus berjuang mempertahankan hak mereka dan kesucian Islam.

"Usaha membebaskan Masjid al-Aqsa bukan terletak di bahu sesebuah negara Islam sahaja tetapi perlu dilaksanakan secara terancang dan bersepadu oleh negara Islam lain contohnya melalui OIC," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment