My Add

Thursday 14 June 2012

Maut selepas disamun 6 warga Vietnam

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
JOHOR BAHRU, RABU, 13 Jun, 2012: Seorang pekerja kilang mati dibunuh selepas disamun enam lelaki warga Vietnam di rumahnya di Jalan Padi Mahsuri 2, Taman Senai Baru dekat sini malam tadi.

Kejadian berlaku pukul 11.30 malam ketika mangsa, Low Kwang Kean, 41, dan isterinya seorang warga Vietnam berusia 30 tahun berada dalam bilik.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, sekumpulan lelaki termasuk dua rakan serumahnya tiba-tiba muncul dan mengetuk pintu bilik mangsa.

"Sejurus mangsa membuka pintu bilik, salah seorang suspek menolak lelaki itu sehingga jatuh sebelum mengikat dia dan isterinya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkefly berkata, salah seorang daripada suspek kemudian meminta sejumlah wang daripada mangsa sehingga berlaku pertengkaran. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment