My Add

Monday 25 June 2012

Najib terima kunjungan KSN baru

KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Jun, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima kunjungan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru, Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang memulakan tugasnya secara rasmi hari ini. 

Pertemuan itu berlangsung di pejabat Perdana Menteri di bangunan Parlimen di sini.

Dr Ali, 57, mengambil alih jawatan sebagai KSN daripada Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat tempoh perkhidmatannya berkuat kuasa semalam.
Sebelum ini Dr Ali menyandang jawatan Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri. 

Dr Ali turut dijadual menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabatnya di bangunan Parlimen tengah hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment