My Add

Sunday 24 June 2012

Pelakon Rajesh Khanna masuk hospital

NEW DELHI, AHAD, 24 Jun, 2012: Pelakon veteran Bollywood, Rajesh Khanna dimasukkan ke sebuah hospital di Mumbai semalam, lapor agensi berita IANS.

Mendapat jolokan 'superstar' pertama Bollywood, Khanna, 69 dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat ekoran tidak menjamah makanan selama beberapa hari.

Bapa kepada pelakon Twinkle Khanna itu mencipta nama menerusi beberapa filem blokbuster seperti 'Raaz', 'Baharon Ke Sapne', 'Ittefaq' dan 'Aradhana'. - DPA

No comments:

Post a Comment