My Add

Sunday 17 June 2012

Pembangunan Tg. Tokong bernilai RM1.8b - UDA

JOHOR BAHRU, AHAD, 17 Jun, 2012: Nilai Pembangunan Kasar (GDV) pembangunan komersial yang bakal dilaksana oleh UDA Holdings Berhad di atas tanah Kampung Tanjung Tokong, Pulau Pinang dijangka mencecah RM1.8 bilion.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed Rahmat berkata, pembangunan komersial di atas tanah 8.8 hektar itu meliputi pembinaan bangunan kondominium dan pusat membeli-belah bertaraf antarabangsa.

"Kami berharap dapat melaksanakan pembangunan itu secepat mungkin selepas mendapat kelulusan “Development Order” (DO) dan menyiapkannya dalam tempoh empat tahun,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata, demikian selepas melepaskan peserta jogathon bagi mengutip dana pendidikan anjuran Kuil Arulmigu Rajamariamman Devasthanam di sini.

Selain melaksanakan pembangunan komersial, UDA Holdings akan membina blok-blok pangsapuri bernilai RN165 juta bagi menempatkan 1,200 penduduk Kampung Tanjung Tokong, katanya.

Semalam UDA Holdings memeterai Perjanjian Penyelesaian Perumahan Penduduk dengan penduduk kampung berkenaan, sekaligus menyelesaikan masalah yang telah berlanjutan selama 40 tahun.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, setiap penduduk kampung berkenaan akan menerima pangsapuri bernilai RM120,000, yang akan dibina di atas tanah asal mereka. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment