My Add

Monday 25 June 2012

Pendekatan seimbang untuk bangun masyarakat luar bandar

SEMPORNA, ISNIN, 25 Jun, 2012: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kementeriannya menggunakan pendekatan seimbang dalam membangunkan modal insan masyarakat luar bandar.

Beliau berkata, di samping membangunkan infrastruktur asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya, kementeriannya pada masa yang sama dengan kerjasama pelbagai agensi turut melaksanakan aktiviti dan program pembangunan insan untuk masyarakat.

"Sebagai menteri kampung, saya bertanggungjawab membangunkan keperluan fizikal rakyat luar bandar. Walaupun tidak semua pembangunan keperluan asas berkenaan di bawah tanggungjawab saya namun pembangunan fizikal ini digabungkan sekali dengan pembangunan modal insan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment