My Add

Thursday 14 June 2012

Penduduk Keningau menanti kunjungan PM: Musa Aman

KENINGAU, KHAMIS, 14 Jun, 2012: Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ke Keningau pada Sabtu dan Ahad ini dinanti-nantikan oleh rakyat di daerah berkenaan, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. 

"Rakyat di pedalaman Sabah ingin sangat berjumpa dan beramah mesra dengan pemimpin kita (Perdana Menteri).

"Jadi kita berharap cuaca pun juga baik kerana banyak tempat yang akan dilawati oleh Datuk Seri Najib pada 16 dan 17 Jun ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan majlis perasmian Pusat Kraftangan Sabah di sini yang akan dirasmikan oleh Najib.

Musa berkata, pada Sabtu ini, Najib dijangka merasmikan pusat bernilai RM30 juta itu pada tengah hari sebelum bertolak ke Sook untuk menghadiri majlis pecah tanah Pusat Bersepadu Haiwan Ternakan Keningau dan majlis bersama rakyat di sebelah petang. 

Pada sebelah malamnya, Perdana Menteri akan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan di Kompleks Sukan Keningau pada 8 malam. 

Pada keesokan hari di sebelah pagi, Musa berkata Najib akan mengadakan lawatan ramah mesra dengan masyarakat di pekan Keningau dan pekan Bingkor kira-kira sejam kemudian. 

Perdana Menteri juga dijangka menghadiri Majlis Bersama Rakyat dan pelancaran Kolej Kadazandusun Murut di Pisompuruan Square, Tambunan dekat sini pada sebelah pagi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment