My Add

Sunday, 24 June 2012

RM50 juta untuk pekerja estet beli rumah

SEGAMAT, SABU, 23 Jun, 2012: Kerajaan memperuntukkan RM50 juta sebagai pinjaman kepada lebih 80,000 pekerja estet di seluruh negara untuk membeli rumah kos rendah sebagai persedian selepas berhenti kerja nanti.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, menerusi skim tersebut pekerja estet dan anak mereka yang telah bekerja lebih 10 tahun layak menikmati pinjaman itu yang menawarkan pembiayaan sehingga RM60,000 dengan bayaran balik selama 40 tahun serta faedah serendah empat peratus.

Menurutnya, setakat ini hanya kira-kira RM2 juta telah digunakan dan mungkin ramai daripada golongan tersebut tidak mengetahui wujudnya pinjaman berkenaan yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment