My Add

Thursday 14 June 2012

Sokong calon perjuangkan Perlembagaan Persekutuan

SHAH ALAM, KHAMIS, 14 Jun, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor akan menyokong calon daripada parti politik yang memperjuangkan asas-asas dalam Perlembagaan Persekutuan pada pilihan raya umum akan datang.

Yang Dipertuanya, Abu Bakar Yahya berkata, sokongan akan diberikan kepada calon-calon yang memperjuangkan kedudukan agama Islam, hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan raja-raja.

``Apa yang kita jangkakan dalam pilihan raya umum nanti, terdapat dua parti iaitu Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.

``Kita akan tentukan parti yang bertunjangkan Melayu memerintah negara ini," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra Perkasa Selangor bersama media di Seksyen 9 di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment