My Add

Wednesday 20 June 2012

Syarikat biokimia AS labur RM1.65 bilion di Terengganu

KUALA LUMPUR, RABU, 20 Jun, 2012: Syarikat biokimia berpangkalan di Amerika Syarikat, Gevo Inc, akan melabur RM1.65 bilion untuk membina kilang pembuatan bioisobutanol daripada biojisim pertama di dunia di Taman BioPolimer Kertih di Terengganu. 

Dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada 2015, kilang dengan kapasiti menghasilkan 60,000 tahn bioisobutanol itu akan dibina secara berperingkat di tapak seluas 40 hektar.

Ia dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) terkumpul kira-kira RM5 bilion menjelang 2020 dan menyediakan 200 peluang pekerjaan.

Rancangan pelaburan oleh Gevo itu diumumkan pada majlis pertukaran dokumen kelmarin sempena dengan Konvensyen Antarabangsa BIO 2012 di Boston, yang disaksikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili. 

No comments:

Post a Comment