My Add

Monday 25 June 2012

Tubuh bank Islam mega wajar

IPOH, AHAD, 24 Jun, 2012: Penubuhan bank Islam mega di negara ini adalah wajar kerana ia bukan sahaja mampu memperkembang ekonomi domestik, malah menjadi penanda aras kepada kedudukan negara dalam sektor kewangan Islam global.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, penubuhan bank itu juga selari dengan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang menjadikan perkhidmatan kewangan sebagai pemacu utama perkembangan ekonomi.

"Sebenarnya, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan satu lesen bank Islam mega. Salah satu mengapa ia diperlukan ialah perkhidmatan kewangan merupakan sektor yang bersaing dengan negara luar.

"Kita memikirkan perbankan Islam dan hab kewangan Islam global, justeru kita mesti berada di hadapan para pesaing," katanya selepas merasmikan pembukaan cawangan ke-100 Pasar Raya Besar Mydin di Gugusan Manjoi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment