My Add

Tuesday 5 June 2012

Van polis terbakar selepas hantar tertuduh ke mahkamah

SUNGAI PETANI, SELASA, 05 Jun, 2012: Sebuah van polis yang baru menghantar seorang tertuduh ke kompleks mahkamah di sini dilaporkan terbakar.

Kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi tadi di persimpangan Jalan Lencongan Timur berhampiran kompleks mahkamah tersebut dan Hospital Sultan Abdul Halim.

Terdapat dua anggota polis di dalam van dari Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Yan itu termasuk pemandunya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hashim Ali berkata, kedua-dua anggota tersebut menyedari tentang kepulan asap dari bahagian enjin van itu disertai bau hangit.

Mereka lalu menghentikan van itu yang kemudiannya terbakar.

Pihak bomba dan penyelamat kemudiannya dipanggil untuk memadam kebakaran.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment