My Add

Sunday 24 June 2012

Wujudkan Suruhanjaya Pencegahan Dadah Kebangsaan

SEREMBAN, SABTU, 23 Jun, 2012: Sebuah Suruhanjaya Pencegahan Dadah Kebangsaan wajar ditubuhkan bagi memerangi najis dadah, sekali gus menjadikan ia satu jihad penghapusan pengaruh secara holistik ke atas masyarakat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, suruhanjaya itu pula hendaklah diwakili pelbagai karakter dan kepakaran supaya elemen pencegahan dan penghapusannya dapat dilakukan secara lebih terancang dan tanpa nokhtah.

''Kita mahu semua pihak memastikan penyalahgunaan dadah ini diperangi habis-habisan dan menjadi satu jihad melepaskan belenggu dadah daripada menyerap ke dalam tubuh anak bangsa yang sedang membangun ini," katanya.

Mohamad berkata demikian sewaktu merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Ke-37 di Klana Resort, di sini malam tadi.= UTUSAN

No comments:

Post a Comment