My Add

Sunday 17 June 2012

YBPP perlu diperkasakan bantu Melayu

PULAU PINANG, SABTU, 16 Jun, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Yayasan Bumiputera Pulau Pinang (YBPP) perlu diperkasakan semula supaya dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan untuk membantu orang Melayu di negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ketika ini YBPP lesu dan tidak memainkan peranan dengan aktif.

"Ia perlu untuk diperkukuhkan kembali kerana berperanan memastikan nasib bumiputera di negeri ini terus terbela.

"Yayasan ini akan melihat pelbagai isu yang membelenggu orang Melayu termasuklah soal pembangunan serta rungutan orang Melayu yang tidak mampu memiliki rumah di sini kerana harganya terlalu mahal," katanya.

Beliau berkata demikian demikian ketika berucap semasa mengadakan perjumpaan dengan lebih 60 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Penasihat Khas Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman; Pegawai Kemajuan Negeri Persekutuan, Datuk Nik Ali Mat Yunus dan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Omar Osman.

Kira-kira 6,000 ahli NGO sekitar Pulau Pinang hadir pada majlis berkenaan.

Menurut Muhyiddin, YBPP harus berperanan sebagai jentera utama dan menyalurkan maklumat manakala Kerajaan Pusat akan memastikan nasib bumiputera di negeri ini terus terbela kerana Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mampu berbuat demikian.

"Kerajaan Persekutuan akan terus komited membantu rakyat dan memastikan faedah yang sedang dinikmati negara hasil program transformasi yang dilaksanakan dirasai pelbagai pihak di seluruh negara," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment