Oleh HAKIMI ISMAIL dan KU MOHD AMIR AIZAT KU YUSOF
PUTRAJAYA, JUMAAT, 24 Mei, 2013: Sebanyak 200,000 pengunjung dijangka memeriahkan Fiesta 75 Tahun Utusan yang diadakan bersempena dengan Festival Belia Putrajaya 2013 yang bermula semalam hingga Ahad ini.
Ketua Koordinator Fiesta 75 Tahun Utusan, Marlan Daud berkata, hari ini 11,000 pengunjung telah datang ke tapak Fiesta 75 Tahun Utusan, dan dijangka bertambah pada Sabtu dan Ahad ini memandangkan hujung minggu dan juga musim cuti sekolah.
Beliau berkata, Fiesta 75 Tahun Utusan yang ditaja oleh Felda itu terbahagi kepada dua elemen iaitu .com Urban Music Festival dan Mega Online Game Challenge.
"Sebanyak 75 kumpulan muzik bakal membuat persembahan sepanjang festival, termasuk 11 kumpulan muzik dari wilayah Felda akan bertanding bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM7,500.
"Selain itu, beberapa pasukan yang terdiri daripada tiga orang akan berentap dalam permainan video terkenal Call of Duty dalam segmen Mega Online Game Challenge untuk merebut hadiah RM7,500" katanya kepada di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment