My Add

Saturday, 18 May 2013

43 maut dalam letupan di Iraq

BAQUBA Iraq, SABTU, 18 Mei, 2013: Sekurang-kurangnya 43 orang terkorban manakala 57 yang lain cedera dalam beberapa insiden letupan di luar sebuah masjid di sini semalam.

Menurut pihak berkuasa, letupan pertama berlaku ketika orang ramai tiba di Masjid Saria yang terletak di utara Baghdad untuk menunaikan solat Jumaat.

Letupan kedua pula menyusul beberapa minit kemudian ketika orang ramai keluar untuk menyaksikan insiden pertama. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment