Aquino janji pertahan wilayah maritim dari pembuli
MANILA, RABU, 22 Mei, 2013: Presiden Filipina, Benigno Aquino semalam mengumumkan peruntukan sebanyak RM542 juta untuk menaik taraf tentera bagi mempertahankan wilayah maritim daripada diceroboh pembuli di tengah pertikaian yang semakin kritikal.
Merujuk kepada negara jiran, China, Aquino dalam ucapannya sempena ulang tahun tentera laut ke 115, berjanji untuk melindungi kedaulatan negara tersebut.
"Kami mempunyai satu mesej yang jelas kepada dunia: Kerajaan Filipina untuk Filipina, dan kita mempunyai keupayaan untuk melawan pembuli yang memasuki belakang rumah kami," kata Aquino. - AFP/UTUSAN
No comments:
Post a Comment