Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
SEREMBAN, RABU, 22 Mei, 2013: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memegang empat portfolio dalam pentadbiran kerajaan negeri yang baharu pada pengumuman yang dibuat dalam sidang akhbar khas di Wisma Negeri dekat sini, petang ini.
Portfolio itu ialah Kewangan dan Tanah; Agama Islam; Keselamatan dan Penerangan; Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Luar Bandar.
Kata Mohamad, dalam mesyuarat pertama yang dihadiri 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (Exco) pada petang ini selepas majlis angkat sumpah diadakan pagi ini di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, turut menyaksikan sektor berimpak tinggi diletakkan di bawah Majlis Tindakan Negeri (MTN)
''Ini termasuklah infrastruktur, bekalan air, elektrik, jalan raya, pengangkutan awam, telekomunikasi dan sebagainya, yang mana ahli dalam MTN ini terdiri daripada Exco, Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Jabatan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.
''Tiada lagi Exco yang memegang salah satu portfolio ini kerana kita mahu penyelesaian dibuat segera di bawah Jawatankuasa Kerja Negeri MTN," katanya.
Kata beliau, portfolio 10 orang Exco yang diwujudkan dalam barisan baharu ini mencakupi pelbagai kehendak dan keperluan masyarakat dan antara yang menjadi keutamaan ialah aspek mengembalikan perpaduan dan keharmonian rakyat.
Mohamad berkata, setiap Exco diberi masa sebulan untuk mengisytiharkan harta dan melepaskan kepentingan masing-masing termasuklah dalam perniagaan bagi memastikan sebuah pentadbiran dan kerajaan yang telus.
''Saya berikan tempoh dua bulan kepada Exco ini untuk menyiapkan strategi portfolio masing-masing dan membentangkan perancangan mereka untuk dijadikan asas kerja yang hendak digerakkan," katanya.
Mohamad memberitahu, Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan berlangsung pada 17 Jun ini bagi melantik Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membolehkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah.
Persidangan kedua DUN bagi penggal ke-13 ini akan diadakan dengan perasmian disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 23 September dan persidangan ketiga DUN Belanjawan 2014 ialah pada 22 November. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment