Dua maut dalam letupan bom kereta di Rusia
MAKHACHKALA, Russia, ISNIN, 20 Mei, 2013: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 20 lagi cedera dalam kejadian dua letupan bom kereta di ibu wilayah Dagestan di sini hari ini.
Pasukan penyiasat Rusia berkata, letupan pertama berlaku di depan sebuah mahkamah sebelum disusuli letupan kedua selang 15 minit apabila pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian.
Berpuluh-puluh kereta dilaporkan rosak teruk akibat kedua-dua letupan berkenaan.
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu. - REUTERS/UTUSAN
No comments:
Post a Comment