My Add

Sunday, 26 May 2013

Gerakan, MCA sambut baik tawaran Umno Pulau Pinang

SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI

 Wong Mun Hoe
GEORGETOWN, AHAD, 26 Mei, 2013: Gerakan dan MCA menyambut baik hasrat Umno untuk memangku jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang jika kedua-duanya menolak untuk mengisi jawatan itu buat sementara waktu.

Naib Pengerusi Gerakan negeri, Wong Mun Hoe berkata, hasrat itu tidak perlu dijadikan isu kerana ia dilakukan demi kepentingan rakyat dan tiada maksud lain.

“Hasrat Umno itu adalah usaha yang murni dan kita menyambutnya dengan baik. Pada saya, ia tidak perlu dijadikan isu kerana yang penting.

“Pengisian jawatan berkenaan bukan keutamaan kerana perjuangan untuk membela rakyat adalah lebih utama,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, soal jawatan itu juga tidak timbul kerana ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti yang lebih mengetahui mengenai baik buruk keputusan yang bakal diambil.

"Kalau itu yang diputuskan kepimpinan parti di peringkat pusat, kita akur kerana Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih mengetahui apa yang terbaik untuk BN.

"Soal siapa jadi Pengerusi BN itu juga bukan keutamaan tetapi kewibawaan penyandangnya yang perlu diberi perhatian khusus agar dapat diterima rakyat sekali gus membawa perubahan yang lebih positif kepada BN negeri," katanya.

Mun Hoe berkata, walau apa pun keputusan yang bakal diambil kepimpinan parti, sebagai komponen dalam BN, Gerakan akan terus bekerjasama dengan rakan lain demi kelangsungan parti dan rakyat di negeri ini.

"Tidak kira Gerakan, MCA, Umno atau parti komponen lain, yang penting adalah kesatuan di dalam BN. Apa jua keputusannya nanti semua pihak harus akur kerana itu adalah yang terbaik.

“Kita akan terus bekerjasama dengan semua parti komponen seperti yang dikehendaki pucuk pimpinan demi rakyat,” katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi MCA negeri, Tang Heap Seng berkata, pengisian jawatan Pengerusi BN negeri bukan perkara terpenting kerana perjuangan membela rakyat tanpa mengira kaum adalah yang lebih utama.

"Tidak kira siapa Pengerusi BN negeri selepas ini, yang penting adalah rakyat. Asalkan yang terpilih itu mampu meletakkan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum sebagai keutamaan, kita tiada masalah.

"Pengerusi BN negeri harus mewakili semua rakyat Pulau Pinang dan bukan mewakili kaum tertentu sahaja," katanya.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman menyatakan kesediaan Umno untuk memegang jawatan Pengerusi BN negeri jika MCA dan Gerakan enggan memenuhinya.

Menurutnya, kesediaan untuk memangku jawatan itu dibuat atas dasar sifat setia kawan.
Zainal berkata, kekosongan jawatan itu tanpa diwakili mana-mana parti tidak boleh dibiarkan namun sekiranya MCA atau Gerakan mahu semula

Jawatan Pengerusi BN negeri yang sebelum ini disandang Teng Chang Yeow dikosongkan apabila mengumumkan peletakan jawatan setelah kalah di kerusi Dun Bukit Tengah kepada calon PKR, Ong Chin Weh. -Sinar Harian

No comments:

Post a Comment