My Add

Friday, 24 May 2013

"Hanis dah sampai di puncak dunia"

LUKLA, KHAMIS, 23 Mei, 2013: "Assalamualaikum semua...Hanis dah sampai di puncak dunia. Allahuakbar…Allahuakbar...Allahuakbar."

Itulah yang diucapkan oleh Siti Hanisah Sharuddin yang berjaya menjejakkan kakinya ke gunung tertinggi dunia, Gunung Everest pada jam 7.41 pagi tadi (waktu Nepal).

Tidak ramai pendaki sanggup menggadaikan nyawa demi merealisasikan misi dan matlamat yang telah ditetapkan. Apatah lagi misi itu bukan untuk kepentingan diri sendiri, sebaliknya untuk agama, bangsa dan Negara. Itulah yang dibuktikan oleh seorang gadis muda yang baru berusia 23 tahun.

"Terima kasih semua. Ya Allah…doakan Hanis turun dengan selamat. Hanis nak
termuntah dah ni," katanya lagi dari puncak gunung Everest di ketinggian 8,848 meter (29,028 kaki) dari paras laut kepada wakil media. - BH

No comments:

Post a Comment