My Add

Tuesday, 28 May 2013

JCorp wujud skim latihan kemahiran untuk pesara tentera

KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Mei, 2013: Johor Corporation (JCorp) mewujudkan kerjasama strategik dengan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) bagi menyediakan skim latihan kemahiran kepada bakal pesara dan pesara tentera.

Program latihan itu akan dilakukan berikutan termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara JCorp dan PERHEBAT di Menara JCorp, di sini, hari ini.

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, berkata skim latihan itu bertujuan meningkatkan kebolehpasaran bakal pesara dan pesara dalam bidang akademik, insaniah, usahawan dan teknikal.

"Skim latihan ini boleh menjamin pendapatan mereka apabila bersara kelak," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis menandatangani MoU itu.

Beliau berkata, skim latihan ini dijangka mendapat sambutan sekitar 700 hingga 800 pesara dan bakal pesara tentera.

Katanya, kerjasama yang terjalin antara JCorp dan PERHEBAT adalah usaha menyahut transformasi kerajaan di samping membantu menyediakan lebih banyak peluang kemahiran insaniah kepada pesara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment