Kadar pertumbuhan industri pembinaan dijangka meningkat: Fadillah
JOHOR BAHRU, SELASA, 28 Mei, 2013: Kadar pertumbuhan industri pembinaan negara dijangka meningkat berterusan apabila mencatatkan pertumbuhan kadar 14.7 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding kadar pertumbuhan keseluruhan ekonomi sebanyak 4.1 peratus.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusoh, berkata perkembangan itu berdasarkan pertumbuhan sektor pembinaan kekal mampan yang disokong 52 projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia ke 10 yang dianggarkan bernilai RM230 bilion. - BH
No comments:
Post a Comment