Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, KHAMIS, 23 Mei, 2013: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan tujuh pihak bertindak selaku pencelah dalam permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Roman Katolik berhubung penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.
Pihak-pihak itu terdiri daripada enam majlis agama iaitu Majlis Agama Islam Terengganu, Selangor, Kedah, Johor, Wilayah Persekutuan dan Melaka serta Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Datuk Balia Yusof Wahi dan Datuk Rohana Yusof menetapkan demikian selepas merekodkan perintah persetujuan yang dicapai di antara tujuh pihak tersebut dan responden-responden.
Pihak responden terdiri daripada Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia.
Ini bermakna, keenam-enam majlis agama dan MACMA kini dinamakan sebagai perayu bersama-sama pihak kerajaan dalam rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Herald menggunakan kalimah Allah.
Rayuan itu belum didengar dan ditetapkan untuk satu lagi pengurusan kes pada 30 Mei ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment