My Add

Saturday, 18 May 2013

Kenaikan harga barang hanya dakyah pembangkang

Oleh KAMIL MASLIH

 *HASAN Malek (tengah) diberikan penerangan oleh pemilik Dean Batik, Ahmad Norddin Hassan (kanan) semasa melawat tapak Ekspo Beli Barangan Malaysia 2013, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR, SABTU, 18 Mei, 2013: Tiada kenaikan harga barang kawalan yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), sebaliknya ia hanyalah khabar angin yang disebarkan oleh pihak pembangkang semata-mata mahu memburukkan kerajaan yang dipilih rakyat.

Sehubungan dengan itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek menggesa orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin tersebut dan pada masa sama akan bertindak terhadap peniaga yang menaikkan harga barang.

"Penyokong pembangkang menyebarkan benda yang tidak betul, tiada barangan kawalan yang naik harga, malah subsidi yang sedia ada terus kekal.

"Jangan sebarkan khabar angin, kita perlu mengutamakan kepentingan negara tetapi jika ada peniaga yang benar-benar sengaja naikkan harga, saya akan turun ke bawah untuk ambil tindakan," katanya pada sidang akhbar selepas

majlis perasmian Ekspo Beli Barangan Malaysia 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment