Hardi Effendi Yaacob
KUALA LUMPUR, AHAD, 26 Mei, 2013: Waris Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya yang dibunuh kejam di Telok Gadong, Banting tiga tahun lalu boleh menuntut spesimen berkaitan, termasuk cebisan tulang untuk disempurnakan mengikut hukum syarak.
Jurucakap Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika memaklumkan perkara itu, berkata permohonan boleh dikemukakan kepada pihak mahkamah melalui peguam dilantik berikutan kes berkenaan sudah selesai dibicarakan.
“Bagi keluarga atau waris mangsa yang berhasrat menuntut semula barang bukti dan spesimen berkaitan (sekiranya ada), permohonan boleh dikemukakan kepada pihak mahkamah kerana kes sudah pun selesai.
“Bagaimanapun, ada prosedur yang perlu dipatuhi dan mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat peguam berhubung perkara itu. PDRM tidak terbabit dalam perkara itu kerana ia bidang kuasa mahkamah,” katanya.
BH semalam melaporkan, keluarga jutawan kosmetik itu berharap dapat menyempurnakan pengebumian Allahyarham dengan sempurna mengikut hukum syarak walaupun jasadnya hanya sekadar abu atau cebisan tulang.
Adiknya, Rosnani Lawiya, 49, ketika ditemui di Batu Pahat, berkata besar harapan keluarganya supaya apa saja tinggalan jasad kakaknya disemadikan di perkuburan sebagai tanda penghormatan dan kasih sayang abadi.
“Jika ada tinggalan jasadnya walaupun sekadar cebisan tulang atau abu, harap dapat dikembalikan kepada kami untuk disemadikan mengikut hukum syarak.
Sekurang-kurangnya ada pusara atau tanda supaya mudah kami memberi penghormatan kepadanya yang banyak berkorban dan berjasa kepada kami,” katanya.
PDRM menjelaskan pasukan itu hanya mengendalikan proses siasatan, termasuk pengumpulan bahan bukti dan maklumat berkaitan bagi memastikan kelancaran proses pendakwaan di mahkamah.
“Semua bahan bukti dan spesimen tertentu (sekiranya ada) sudah diserahkan kepada pihak mahkamah bagi tujuan pendakwaan. Justeru, tindakan selanjutnya adalah dalam bidang kuasa pihak mahkamah,” katanya.
Selain Sosilawati yang juga pengasas empayar produk kecantikan, Nouvelle Visages, turut dibunuh pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, bersama peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pegawai bank, Noorhisham Mohammad, 38.
Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas peguam, N Pathmanaban dan tiga pekerja ladangnya selepas didapati bersalah membunuh ahli perniagaan terbabit dan tiga rakannya itu, tiga tahun lalu yang disifatkan sebagai pembunuhan paling kejam di negara ini. - BH

No comments:
Post a Comment